|
1. Tempahan
Pengesahan Tempahan
Segala proses penghantaran akan dibuat sebaik sahaja tempahan sampai ke pejabat kami. Kelambatan penghantaran bergantung kepada cuti am. Pengesahan tempahan anda akan kami anggap terima apabila anda menerima email pengesahan dari kami setelah memastikan pembayaran secara online dibuat dengan betul dan benar.
Setiap tempahan adalah tertakluk kepada terma & sayarat tempahan yang telah kami berikan.
Pembayaran Tempahan
Kami akan memastikan setiap tempahan akan diproses dengan cepat & selamat. Setiap tempahan akan dihantar setelah pengesahan pembayaran telah kami terima sepenuhnya.
• Kami menerima pembayaran secara cek, wang pos atau kiriman wang atas nama syarikat.
• Kami menerima juga pembayaran secara internet banking.
• Pembayaran tertangguh selama 30 hari hanya diberikan untuk pelanggan yang telah lama berurusan dengan syarikat dengan rekod yang baik.
Harga
Semua harga diberikan mengikut harga semasa.
Maklumat Pelanggan
Maklumat anda adalah rahsia, ia tidak akan disalah gunakan. Namun kami akan menghubungi anda untuk maklumat semasa serta tawaran baru dari kami.
Keselamatan
Kami tidak akan membenarkan pihak ketifa menggunakan maklumat adan untuk tujuan lain.
2. Pemulangan / Aduan
Kerosakan Produk
Sekiranya anda menerima tempahan berstatus rosak disebabkan oleh penghantaran syarikat courier atau disebabkan oleh sudah dibuka, anda boleh menerima atau menolak tempahan tersebut dengan tandatangan atas"Damaged, unchecked" or "Damaged, unexamined".
Sila hubungi kami secepat mungkin di talian (06) 231 5972 atau email:whn_ent@yahoo.com
Prosedur Aduan
Kami berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan seminimum mungkin aduan pelanggan. Ia memastikan kami memberi khidmat terbaik untuk anda. Setiap aduan akan diselesaikan secepat yang mungkin.
Kami akan menyelesaikan setiap aduan di dalam waktu kerja sahaja kerana ada ketikanya kelambatan menguruskan aduan akan berlaku bergantung kepada masa aduan dibuat.
Harus di ingat setiap tempahan yang dibuat melalui cara internet banking setiap pengaduan dibuat melalui e-mail whn_ent@yahoo.com, telephone on: (06) 231 5972, untuk memastikan pegawai khidmat pelanggan kami meneriam secepat mungkin aduan anda.
Apabila menghubungi kami maklumat dibawah perlulah diberikan:
• No resit tempahan anda.
• Nama yang tertera diresit tempahan.
• Tarikh menerima tempahan.
• Permasalahan yang dihadapi.
• Cadangan bagi memastikan masalah ini dapat diatasi dengan kepuasan dikedua belah pihak.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan memberikan perhatian setiap masalah dari tempahan anda bergantung kepada maklumat yang anda telah berikan.
3. Penghantaran
Penghantaran
Kami akan menghantar tempahan anda di dalam masa 5 hari bekerja setelah pengesahan bayaran & tempahan dibuat.
Bayaran Penghantaran
Bayaran penghantaran tidak dimasukkan di dalam senarai harga yang diberikan.
Ia bergantung kepada jenis barangan ditempahan (bagi memastikan keselamatannya).
Bergantung juga kepada saiz barangan.
Hari Bekerja
Hari bekerja adalah Isnin, Selasa, Rabu , Khamis, Jumaat & Sabtu (separuh hari). Maka segala proses akan dibuat berdsarkan hari bekerja termasuk juga pada waktu cuti am.
Tempat & Masa Penghantaran
Keutamaan khidmat kami adalah sekitar Melaka. Kecepatan bergantung kepada lokasi yang diberikan. Tetapi bermula dari proses artwork hingga kepada penghantaran adalah sekitar 5 waktu hari bekerja.
Pengesahan Penghantaran
Pastikan ada pihak yang akan menerima & menandatangani pengesahan penghantaran bagi pihak pelanggan. Sekiranya tiada orang yang menerima seperti tiada orang dirumah maka kad pengesahan kedatang akan diberikan. Pada kad tersebut akan diberikan no tel untuk temujanji bagi tarikh penghantaran yang baru
Alamat Penghantaran
kami menyediakan penghantaran yang profesional jadi kami memerlukan alamat yang lengkap dari anda beserta no tel termasuk no poskod.
Dengan alamat yang lengkap penghanatarn akan diterima secepat mungkin. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerugian disebabkan oleh kesilapan maklumat yang diberikan.
4. Privasi
Spam
Berdasarkan Privacy & Electronic Communications Act Dec 03 - kami tidak akan menghantar email secara rambang kepa email peribadi (spam). Kami cuma akan menghubungi anda sekiranya terdapat apa-apa keperluan sahaja. Cookies
Kami tidak menggunakan cookies. |